Mat Luthfi

Mat Luthfi Instagram – Ada beberapa kali saya menghadiri sesi media bersama Dr. Maszlee. Kebanyakan pengamal media bertanyakan soalan seputar isu polisi, Dong Zong dan tulisan Jawi.

Sejak sesi pertama hinggalah sesi yang terakhir tempoh hari, saya hanya bertanyakan satu soalan yang sama kepada Dr. Maszlee, “Dr. tidur berapa jam semalam?” “Cukup,” beliau menjawab pendek, barangkali sependek masa rehatnya.

Perkenalan kami berdua bermula sebelum kementerian lagi kerana sering ditemukan hobi yang sama – berpeleseran di forum-forum akademik dan acara-acara aktivisme.

Dahulu apabila berjumpa dengan anak-anak yatim dan gelandangan, Dr. mengingatkan mereka agar berani bermimpi dan jangan sekali takut untuk bercita-cita (satu perkara yang hampir mustahil untuk diungkapkan oleh seorang pesimis seperti saya). Jadi apabila saya mendapat berita beliau akan mengundurkan diri tempoh hari, saya tersenyum sendiri.

Tidurlah Dr., bukan anak-anak sahaja yang perlu bermimpi. | Posted on 04/Jan/2020 17:58:52

Mat Luthfi

Check out the latest gallery of Mat Luthfi