Aaron Aziz Instagram – Turkiye dan Syria perlukan bantuan kita.
Ujian besar untuk mereka dengan kematian dan kemusnahan akibat gempa bumi.
Ia juga ujian untuk kita sebagai saudara seagama untuk kita sama-sama membantu mereka.
Allah akan mempermudahkan urusan hamba yang membantu orang lain yang dalam kesusahan. Sabda Rasulullah:
وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)
MAPIM MALAYSIA Lancarkan Tabung Bantuan Kecemasan untuk gempa bumi di Gazientep Turkey dan Syria yang mana jumlah kematian dan mangsa kian meningkat
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM bersama Agensi Wakaf Kerajaan Turkey selaku rakan kerjasama dilapangan
Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066) @mapimofficial | Posted on 07/Feb/2023 20:00:31