Adi Putra Instagram – Kita Hamba pada yg Esa tak lari dari Ujian, maupun kecil atau besar. Tapi yg pasti, kita adalah insan yg terpilih darinya. Ramai yg pasrah dgn Ujian kerana tidak memahaminya. Atasi dan harungi Ujian dgn berakal dan sabar kerana akan terjawab tiba masanya. Kita tidak tahu masa depan kita walau kita merancang, berusaha apa keinginan kita kerana Allah sebaik perancang dan penentuan yg terjamin. Kata bibir tidak sama dgn kata hati kerana ia berubah seperti keadaan cuaca Melainkan kita benar2 Istiqomah apa kita bicara barulah ia menjadi nyata dengan pelaksanaan. Hari ini kita gembira, gelak ketawa tapi pasti ada tangisan.
Perkongsian ini dtg ikhlas dari hati saya, agar kita semua berjaya Ukhrawi dan duniawi. Bila kita kejar utk Akhirat, dunia akan mencari kita. Berjuang demi Agama bukan berjuang sesama manusia. Jgn sesekali kita meniaga menunggang atas nama Agama ( ISLAM ) dan Kunci segalanya adalah IKHLAS.
Apakah impian saya, apakah kerjaya saya? apakah keinginan saya akan datang?
Mohon Amin kan lah.
Salam sayang dan Salam Taat pada yang satu ☝️
5 Syawwal 1444H. | Posted on 26/Apr/2023 16:52:34