Adi Putra Instagram – PERBUALAN TERAKHIR.
Ibu bertanya bila jemaah berangkat tunaikan Umrah, aku jawab 16 sept ni ibu. Kau pergi dan uruskan jemaah, takpe ibu, insyaAllah ada yang menjaga jemaah di Saudi. Jangan adi jangan, Nanti Allah HAMPA tiada orang uruskan tetamunya, ibu juga akan HAMPA. Halus dibisik ke telinga aku, Sihat sakit semua di tangan Allah, kau jangan risau, ibu restu kau pergi dan Uruskan jemaah untuk buat ibadah kerana Allah. Berat sungguh hati ku nak tinggalkan ibu. Tapi Allah sayangi dan ibu telah pergi kepadanya. Ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb, kau berkati, berkahi dan tempatkan ibu ku dengan Orang2 Beriman, Para2 Syuhada dan Jannatul Firdaus. Ya Rabb, segalanya di tangan mu dan Berikanlah ku kekuatan. Amin Allahumma Amin. 🤲 #taatpadayangsatu | Posted on 18/Sep/2023 08:24:33