Nad Zainal Instagram – Bunga Melati harum mewangi,
Tersemat indah berseri-seri,
Kain songket halus tenunan,
Selendang mayang jadi taruhan.
Kebaya setengah tiang, yang diolah dari potongan melayu klasik dan digabungkan dengan potongan “bar jacket” yang memberi gaya impak ikonik.
Penghasilan yang mengambil masa kurang lebih enam bulan, masih ingat lagi Ungku ismail dan Nad Zainal menghubungi ZaimiZulkafli Atelier semasa musim PKP.
Inspirasi dan perincian disusun satu persatu yang masih mengekalkan identiti ZaimiZulkafli sendiri. Uniknya tiada potongan keruk lengan dalam penghasilan helaian mewah ini. Bunga melati juga diolah satu persatu, dan disusun rapi berjurai dalam garapan penceritaan busana istimewa ini. | Posted on 25/Feb/2024 06:41:49