Amerul Affendi Instagram – Alhamdulillah.
Terima kaseh Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (AMPFKL) atas penghargaan yang diberikan.
Walaupun ianya bukan sebuah anugerah berprestij seperti yang ada-ada di negara ini tetapi mereka yang menilai sangat arif dan ahli tentang sesebuah karya filem dan tidak terikat dengan mana-mana pihak yang berkepentingan.
Tahniah juga buat seluruh team @prebetsapufilm.. ini juga adalah penghargaan buat kalian semua yang bertungkus lumus menjayakan karya ini. Tanpa kalian semua ini tidak akan membuahkan hasil sebegini.
Dan terakhir sekali bak kata @muzzamer “ini adalah kemenangan tertangguh” selepas kita gagal membawa pulang apa-apa dari Festival Filem Malaysia tempoh hari tapi saya masih simpan ucapan jika kita naik ke pentas malam itu. Bunyinya begini.
“ Prebet Sapu merupakan sebuah projek kolaborasi dari graduan-graduan kesenian tanah air. Kita tidak punya modal yang besar untuk menghasilkan karya ini, tapi kita punya impian yang tinggi. Dan kita telah membuktikan dan membuka jalannya. Semoga yang selepas kita dapat meneruskan usaha ini.
Buat bakal graduan yang masih menimba ilmu dari lapangan kesenian teater teruslah berjuang sebagai pemeran yang berdisiplin dan berilmu.
Kita tak hidup dek puji tak mati dek keji. Di pijak-pijak tak mati-mati”
Salam kaseh berserta sayang buat semua. ✊🏽
#KerjaKampung
#HobiBerlakon | Posted on 06/Feb/2023 16:56:36