Faizal Hussein Instagram – 𝑹𝑨𝑵𝑮𝑲𝑼𝑴𝑨𝑵 𝑬𝑽𝑬𝑵𝑻 𝑹𝑿𝒁 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑹𝑺 𝟓.𝟎 𝟐𝟎𝟐𝟑
Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan rangkuman video ini siap, akhirnya malam ini, boleh juga min posting untuk tontonan umum semua.
Pertama sekali, min & teammate hendak mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada korang semua yang dari dulu hingga ke saat ini tak putus-putus memberi sokongan yang padu untuk event RXZ Members,
Tanpa korang RXZ Members tak akan di tahap RXZ Members sekarang berada,
Tanpa korang semua RXZ Members tak akan ada & RXZ Members ada bila korang semua ada di sisi RXZ Members.
Min & teamate memohon beribu-ribu kemaafan buat korang semua yang hadir di sebakan atas segala masalah yang berlaku diluar jangka kami.
Apa pun yang terjadi manis ataupun pahit, jadikanlah ia sebagai kenangan yang akan kita semua kenangkan2 pada 10 tahun akan datang, moga semua jangan pernah serik & patah hati untuk hadir ke event RXZ Members.
Untuk pertanyaan RXZ Members 6.0 2024 setakat ini tiada lagi apa-apa keputusan dari kami, ada ataupun tidak, tetap min akan war-warkan.
Tidak lupa juga pada Kerajaan Negeri Terengganu yang menyokong event RXZ Members & usaha kami untuk membantu sikit sebanyak menaikkan ekonomi setempat.
Dan juga tidak lupa juga pada penaja terbesar event RXZ Members 5.0 2023 iaitu ELFBAR, terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan kami, kami harap di tahun yang lain, kita boleh berkerjasama lagi ELFBAR !
Seungkap pantun dari min :
“Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyallah kita semua berjumpa lagi.”
TERIMA KASIH SEMUA !
“Yang Kental Sudah Melabuhkan tirai”
“RXZ Members In The Eyes Of Asean”
#rxzmembers #rxzmembersofficial #rxz_members_official #rxzmembersxelfbar | Posted on 19/Nov/2023 18:52:15