Fattah Amin Instagram – 24 Jun – Usaha untuk mengangkat dan memartabatkan Hikayat Hang Tuah diteruskan apabila ada pihak tampil untuk merealisasikannya dalam bentuk dokumentari sebagai tokoh diplomat yang hebat.
Penasihat Utama Projek Dokumentari Hang Tuah, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihaknya kini di peringkat pengumpulan bahan dan sumber berkaitan Laksamana Hang Tuah.
Katanya, penggambaran dokumentari itu akan dilakukan di sekitar Melaka dan luar negara berdasarkan fakta sahih menerusi pengumpulan bahan dan sumber yang terbaharu.
“Kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka termasuk Kumpulan Pengkaji Hang Tuah untuk merealisasikan dokumentari ini,” katanya.
Dalam perkembangan, pelakon popular, Fattah Amin dijangka akan membawakan watak utama sebagai pahlawan tersebut.
🎥 Faris Haikal Zakaria
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#FattahAmin
#PameranHangTuah
#HangTuah
#DokumentariHangTuah
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV | Posted on 24/Jun/2024 20:13:53